BAHASA MELAYU



 PENDAHULUAN
Jenis-jenis pendahuluan :-
(i)   pendahuluan jenis definisi 
(ii)  pendahuluan jenis pendapat 
(iii) pendahuluan    jenis suasana 
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v)  pendahuluan jenis peribahasa    

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi

Contoh :

          Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :

            Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

Contoh :

           Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:

           Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:

            Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.
Pengenalan perenggan isi

Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa perenggan atau paragraf. Setiap paragraf mempunyai fungsi tersendiri tentang tajuk atau tugasan soalan.

• Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logis dan sistematik.

• Setiap paragraf mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan.

• Sesuatu paragraf dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara satu sama lain.

• Paragraf juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada untuk menggambarkan pengalaman,
pendapat, pandangan serta imaginasi.
Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk. Walaubagaimanapun, untuk penulisan karangan pelajar tingkatan empat dan lima, penulisan karangan biasanya menggunakan perenggan 4 unsur.
a. Perenggan Deduktif
b. Perenggan Induktif
c. Perenggan Gabungan/perenggan 4 unsur.


Ciri-ciri perenggan 4 unsur.

Setiap paragraf hendaklah mengandungi 4 unsur ;
a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.


b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.


c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.


d. Kesimpulan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan


Contoh Perenggan 4 Unsur

Contoh 1
Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya
Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan rayaKebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya. Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya.
Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna):
Biru : Ayat utama/ayat topik 
Coklat :Ayat HuraianMerun :Ayat contohJingga :Ayat penegas


Contoh 2

Soalan karangan :

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluargaInstitusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluargasebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makanbersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi masalah sosial dalamkalangan remajaSejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.
Rujukan (Sila rujuk perkataan berwarna) :
Biru : Ayat topik
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Contoh 3
Soalan Karangan :
Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk menyertai pidato tersebut.
Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.

Contoh perenggan 4 unsur.
Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolahHal ini demikian kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita.Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk mencapai kemerdekaanDengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah banyakberjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasa-jasa yang telah ditaburkanAspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara demi keadilan negaraOleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air. kemerdekaan.
Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna ) :
Biru : Ayat topik/ayat utamaCoklat : Ayat huraianMerun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Perenggan penutup .
• Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan.
• Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.
• Pelajar perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup kerana sikap dan pandangan pelajar terhadap tajuk dapat dibayangkan.
• Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut tetapi berkesan.
• Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah dikemukakan untuk bahagian penutup ini.